Masih Syawal, Boleh Minta Maaf Lagi

 

Emak Abah.pngAssalamualaikum.

Hari ini 28 Syawal, esok 29. Bulan ni, kita secara tradisi bermaaf-maafan antara satu sama lain. Tapi, dalam kesebokan hidup harian, walaupun dah 28 hari, kita mungkin terlepas pandang. Terlupa nak minta maaf zahir batin dengan Emak, dengan Abah. Maklumlah ramai orang datang raya kan? Banyak lah pulak nak pergi open house kawan2, open house boss dsb. Mungkin abang, kakak, adik pun kita lupa nak minta maaf termakan, teminum, terkata, terbuat. Mungkin.

Jangan bimbang, ni ada berita baik! Hari ni dan esok masih Syawal, bulan yang mulia. Ada lagi masa nak minta maaf, nasib baik! Sebaik2nya, pergi jumpa Emak, Abah dan adik-beradik. Salam, cium tangan diorang, minta maaf. Kalau nak bagi duit raya, lagi bagus. Ok, ok, kalau sebok teramatlah sangat, tak dapat jumpa juga, sekurang-kurangnya call diorang. Jangan tunggu-tunggu, buat sekarang. Ko tak mungkin menyesal nanti. Mungkin ini kali terakhir kita dapat minta maaf daripada dia orang ;-(

Lagi satu pesanan, dah mintak maaf dalam bulan ni, marilah kita bertekad untuk menjadi ayah, emak, anak dan ahli keluarga yang dicontohi. Buat apa yang diperintah tuhan mu yang esa, Allah Ta’ala dan jauhkan apa yang dilarang. Kebajikan yang kita lakukan untuk orang lain lah yang membuat kita tenang dan menganugerahkan kita tempat di antara yang solihin, InsyaAllah.

Lusa nanti dah 1 Zulkaedah pulak. Kalau Syawal tu masa kita bersuka-ria, ziarah-menziarah, daripada hari lusa ni, kita mula bekerja semula, mencari nafkah di bumi ini, membuat kebajikan, dengan gigih. Jangan ngada-ngada nak ber-open house lagi. Dah habis dah raya.

Pergi jumpa dia orang minta maaf ya? Jangan lupa. Hari ini.

Maaf Zahir Batin. Wassalamualaikum

Advertisements

About yazidatan

Can I get back to you on this?
This entry was posted in islam, quran, religion, syawal, Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s